Bagi anda yang gemar melancong ke luar negara dan juga mereka yang belajar atau bekerja di luar negara pasti bersetuju bahawa makanan negara kita adalah yang terbaik.

Bayangkan, mereka yang melancong ke luar negara tidak sampai sebulan pasti akan ‘craving’ keenakan makanan di Malaysia. Itulah yang disuarakan oleh seorang pengguna Twitter dengan mengatakan bahawa orang Melayu sukar mahu berhijrah ke negara lain disebabkan faktor makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian tersebut, dia mengatakan bahawa makanan di Malaysia sedap kerana miliki keunikannya tersendiri dan boleh ‘mental’ jika tidak menjamah masakan Melayu.

‘Suara’ pengguna Twitter tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikannya. Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa masakan Melayu di Malaysia boleh dikatakan eksklusif dan sedap serta ‘kena’ dengan selera rakyat Malaysia.

https://twitter.com/aaannniis/status/1617605049277943812

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan pelancong yang pernah ke Malaysia kebanyakkannya mengakui makanan di Malaysia memang terbaik. Malah, ada juga netizen Malaysia yang berhijrah ke luar negara mengatakan mereka merindukan makanan di Malaysia.