Seringkali kita membaca isu melibatkan servis e-hailing melibatkan pemandu yang tidak berdisiplin, kurang ajar dan sebagainya. Pelbagai inisiatif telah dilakukan pihak kerajaan serta syarikat e-hailing contohnya Grab yang memerlukan pengguna swafoto sebelum menaiki kenderaan.

Disaat kebanjiran servis e-hailing di Malaysia, MakCik Travels nampaknya hadir dengan unique selling point (USP) atau kelebihan yang berbeza dimana servis ini mengutamakan penumpang warga emas dan wanita dalam menawarkan pemanduan yang lebih selamat buat kaum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Bagaimana MakCik Travels bermula?
74446139_2456043314654715_9220174871789568000_o
Pengasas MakCik Travels, Dr Sazlina. Sumber: Facebook MakCik Travels

Menariknya, servis yang bakal menyambut ulang tahun pertama mereka November ini dikhabarkan sudah mampu memberi saingan kepada servis e-hailing yang lain.

Semuanya bermula pada November 2018 apabila ibu dan anak, Dr Sazlina Kamaralzaman dan Siti Sarah Anuar mengambil inisiatif untuk menawarkan sebuah servis e-hailing yang lebih selamat buat para wanita.

Siapa sangka bermodalkan RM10,000, dua beranak ini memulakan servis MakCik Travels dengan 20 orang pemandu. Servis ini mulai mendapat sambutan selepas berjaya mendapat 200 pemandu dan menerima sekitar 800 setiap bulan. Tidak hanya ditawarkan di Lembah Klang, servis ini juga turut ditawarkan di Kedah, Perak dan Kelantan.

Apa yang membuatkan MakCik Travels berbeza?

71916841_2440108872914826_2752130977881915392_n

Tidak hanya sekadar menawarkan keselesaan dan keselamatan buat para wanita dan warga emas, MakCik Travels turut membantu kaum ini dengan bantuan mengiring ke tempat yang diperlukan seperti di klinik dan hospital.

Setakat penghujung 2019 ini, dilaporkan MakCik Travels sudah berjaya mengumpul 400 pemandu beserta 200 orang pengiring seluruh negara.

MakCik Travels menawarkan dua jenis perkhidmatan buat orang ramai iaitu MakCik Drives sebagai platform buat pemandu mendapatkan penumpang serta menghantar ke destinasi yang ingin dituju serta MakCik Chaperone dimana seorang pengiring bakal ditugaskan untuk membantu penumpang yang memerlukan bantuan.

Berdasarkan perkongsian pengasas MakCik Travels, dikhabarkan kebanyakan wanita berasa lebih selamat dan selesa dengan melalui perkhidmatan daripada pemandu wanita. Servis ini secara tidak langsung bakal membantu warga emas untuk ke pusat dialisis, klik atau hospital dengan lebih mudah.

Lebih menarik, servis yang dikhususkan buat kaum wanita ini secara tidak langsung membuka peluang buat para wanita lain mendapatkan pendapatan dengan memfokuskan kepada suri rumah, ibu tunggal serta pelajar universiti.

Proses yang dijalankan MakCik Travels sebelum mendapatkan pemandu adalah melalui temu duga bagi mendapatkan pemandu yang berkualiti manakala khidmat sebagai pengiring bakal turut diberi latihan yang secukupnya untuk melayani pihak pelanggan.

Buat para penumpang atau anda yang berminat untuk mendapatkan servis MakCik Travels, anda boleh menempahnya di laman web MakCik Travels. Tempahan dua lebih sebelum waktu perkhidmatan antara yang diperlukan. Selain itu, tempahan melalui panggilan telefon atau WhatsApp yang tersedia.

Harapan pengasas MakCik Travels
71787276_2438590916399955_1282313888389398528_n
Sumber: makcik travels

Menurut Dr Sazlina selaku pengasas MakCik Travels, syarikat mereka dalam rancangan untuk meningkatkan servis perkhidmatan mereka dengan membangunkan aplikasi pada telefon pintar bagi memudahkan tempahan dibuat. Setakat ini aplikasi ini sudah disiap dalam 80% dan diharap bakal mula diakses oleh orang ramai bermula penghujung tahun ini.

Servis MakCik Travels ini turut dibantu oleh anak beliau Nur Amirah Kamaruddin berumur 23 tahun yang baru sahaja mendapatkan ijazah dalam analisis kimia forensik.

Gandingan dua beranak ini dilihat sangat komited selepas anaknya turut mengikuti latihan penjagaan di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia bagi mempelajari tugas yang diperlukan ketika ini.

Selain itu, syarikat ini baru-baru ini telah menjalin kerjasama bersama Institut Jantung Negara bagi menawarkan perkhidmatan bantuan pengiring yang lebih baik buat warga emas. Penawaran skim insurans berkelompok bagi membantu pemandu dan pengiring antara yang berada dalam rancangan MakCik Travels ini.

Tahniah diucapkan buat Dr Sazlina dan anaknya, Nur Amirah Kamaruddin diatas kejayaan membangunkan MakCik Travels dalam membantu para wanita menjana pendapatan serta warga emas yang memerlukan bantuan ke destinasi yang ingin dituju. Semoga servis ini terus mendapat sambutan baik dikalangan para wanita seluruh Malaysia.

Kami kongsikan juga berita lain berkaitan servis e-hailing serta Flux yang menawarkan servis langganan kereta dengan harga serendah RM814 sebulan. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Pemandu ‘e-Hailing’ Tanpa Lesen PSV Bakal Dikenakan Saman Dan Hukuman Penjara

Flux Tawarkan Servis Langganan Kereta Dengan Harga Serendah RM814 Sebulan

Pemandu Yang Tidak Menerima Saman Bakal Membayar Insuran Yang Rendah

Sumber