Sudah menjadi kebiasaan di mana kita diajar untuk beradab dan berbudi kepada orang ramai dalam kehidupan seharian. Sikap ini sekaligus menjadikan bakal memberi kelegaan buat orang ramai tanpa perlu bertelagah untuk perkara-perkara yang kecil.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat seorang pengguna TikTok menerusi akaun @jueandikasuria memuat naik video beliau yang berang dengan pekerja McDonald’s hanya kerana gagal mendengar pesanan beliau dengan baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video yang dikongsikan, beliau pada mulanya mahu membuat pesanan nasi lemak McDonald’s walau bagaimanapun dimaklumkan nasi pada restoran berkenaan sudah habis. Lelaki ini seterusnya mahu memesan tiga ketul ayam goreng McDonald’s.

Isunya berlaku apabila pekerja McDonald’s mahu mengesahkan kepada jumlah ayam goreng yang dipesan sekaligus membuatkan beliau naik angin serta bertindak untuk memaki pekerja McDonald’s berkenaan. Lebih mengejutkan ramai, beliau turut mencampak wang kepada laluan Drive-thru Mcdonald’s.

Tindakan beliau yang mungkin dianggap ‘tidak salah’ pada pandangan beliau itu dirakam sejak mulai memasuki Drive-thru sehingga selesai membuat bayaran telah dimuat naik di TikTok. Pada akhir video ini, pekerja McDonald’s berkenaan turut memohon maaf kepada lelaki berkenaan namun sekali lagi dijawab dengan cara yang kasar.

Cara layanan lelaki ini terhadap pekerja McDonald’s sekaligus membuatkan para netizen kesian dengan pekerja kesian serta berang dengan tindakan lelaki ini yang memaki hamun pekerja berkenaan. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Berikutan video beliau yang tular di TikTok yang dipenuhi dengan kecaman di netizen pada video berkenaan, beliau bertindak untuk menurunkan video berkenaan serta menutup akaun TikTok beliau setakat artikel ditulis.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu memberi kesan kepada pekerja McDonald’s berkenaan sebaliknya hanya perlu menjelaskan dengan baik pesanan yang dibuat agar seperti ini tidak berlaku.

Tular baru-baru ini sebuah restoran terkenal yang menjalankan penyediaan makanan dengan cara yang kotor sekaligus membuatkan para netizen ‘kembang tekak’.

Makanan Terbiar Atas Dapur, Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama

Pemandu Hilux Bertegas Dirinya Betul Walaupun Jelas Tukar Laluan Saat Akhir