Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebelum menaiki pesawat ke mana-mana destinasi pilihan, banyak prosedur yang perlu anda lakukan seperti check in, pemeriksaan keselamatan, pemeriksaan imigresen dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, seorang pengguna TikTok telah berkongsi sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga asing bersikap kurang ajar di kaunter Check-In dan self baggage drop.

@missssssyl

What would u do if people like this attack you for no reason?

♬ original sound – missssssyl – missssssyl

Menerusi video terbabit, wanita itu bertindak menghempas pasport miliknya dan mengeluarkan kata-kata kesat secara tiba-tiba kepada petugas. Malah, wanita itu juga dilihat tidak menghormati petugas serta menunjukkan tingkah laku yang tidak baik.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan sikap wanita itu. Malah, para netizen memuji petugas kerana mampu bersabar berhadapan dengan pelanggan seperti itu.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berang kerana wanita tersebut bersikap kurang ajar dan sepatutnya panggil pengawal keselamatan biar memberi pelajaran kepada wanita itu.