Umum mengetahui orang luar sememangnya memerlukan visa sama ada untuk melancong untuk beberapa hari ataupun untuk menetap dalam beberapa waktu, untuk tujuan belajar atau bekerja. Kini setiap individu yang memerlukan visa perlu memberikan satu lagi maklumat peribadi tambahan.

Sebelumnya, hanya maklumat asas sahaja diperlukan untuk memhonon visa. Namun kini berikutan dengan pertambahan jumlah pengguna media sosial dan kekerapan pengguna berkongsi aktiviti dan maklumat peribadi di media sosial, pihak berkuasa tempatan Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk meminta maklumat tambahan seperti alamat email, nama pengguna dan nombor telefon individu sebelum memohon visa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini hanya individu tertentu dengan beberapa kesulitan sahaja yang diminta untuk mengemukakan maklumat ini. Menurut pihak tersebut, tindakan ini ialah salah satu langkah untuk meningkatkan keselamatan negara tersebut.

Sumber