Institut Virologi China, yang terletak di Wuhan, mendakwa mempunyai tiga jenis virus corona yang berasal dari kelawar. Namun, berdasarkan maklumat dari makmal, saat ini tidak ada koleksi yang sesuai dengan wabak COVID-19.

Pada mulanya para penyelidik berpendapat COVID-19, yang telah membunuh 340,000 orang di seluruh dunia, berasal dari kelawar dan disebarkan kepada manusia melalui haiwan perantaraan.

Disebabkan itu, dalam wawancara dengan CGTN, Pengarah Institut Virologi Wuhan, menyebut dakwaan AS bahawa wabak corona berasal dari makmal mereka adalah “satu pembohongan”.

Dalam temu bual yang dilakukan pada 13 Mei, Wang Yanyi menyatakan bahawa mereka kini mempunyai virus yang berasal dari kelawar. “Sekarang kita mempunyai tiga jenis virus hidup. Namun, persamaannya dengan SARS-Cov-2 hanya mencapai 79.8%,” kata Wang.

Salah satu pasukan penyelidikan mereka, yang diketuai oleh Profesor Shi Zhengli yang mempunyai pengalaman menangani coronavirus sejak tahun 2004 dan memfokuskan kajiannya kepada sumber “penjejakan SARS”. Mereka telah merujuk kepada Sindrom Pernafasan Akut Parah (SARS) yang endemik pada tahun 2003-2004.

“Kami tahu bahawa keseluruhan genom SARS-Cov-2 hanya sekitar 80 peratus SARS. Jadi ia sangat berbeza,” jelas pengarah itu. Wang berkata, berdasarkan penyelidikan Profesor Shi sebelum ini, mereka tidak menyedari jika ada virus yang hampir serupa dengan SARS.

Teori konspirasi sebelum ini menyatakan bahawa makmal di Wuhan bertanggungjawab menyebarkan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Malah, Presiden Donald Trump dan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo telah mengaku bahawa mereka mempunyai bukti.

Dalam wawancara yang disiarkan pada Sabtu malam, Wang mengakui bahawa sebelum wabak ini, mereka tidak pernah menyimpan atau meneliti SARS-Cov-2. “Faktanya adalah, seperti yang lain, kita tidak tahu virus ini wujud. Jadi bagaimana ia boleh bocor jika kita tidak pernah menyimpannya?” kata Wang.

WHO turut tampil ‘mempertahankan’ China dengan menyatakan bahawa Washington gagal untuk mengemukakan bukti yang konkrit bahawa wabak ini bocor dari makmal yang terletak di Wuhan.

Untuk rekod, lebih 5 juta orang diseluruh dunia telah disahkan positif COVID-19 dan lebih 340,000 kematian telah dicatatkan. Beberapa negara turut melonggarkan perintah lockdown dengan beberapa larangan yang diwartakan bagi tujuan untuk menghentikan penyebaran wabak ini.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Ahli Mafia Ditahan Selepas Ambil Kesempatan ‘Bantu’ Orang Susah Yang Terjejas Akibat COVID-19

Penyelidik Dakwa Ganja Mampu Rawat Pesakit COVID-19, Minta Kajian Lebih Mendalam Dilakukan

Lebih Sebulan Tamatkan ‘Lockdown’, China Kembali Diserang Dengan Wabak COVID-19