Pastinya anda agak ‘familiar’ dengan kisah animasi pendek Indonesia Si Nopal yang menjadi siulan warganet berikutan lagunya yang agak catchy menyebabkan lagunya berlegar-legar diminda anda. Malah, lagu Si Nopal itu turut diparodikan oleh artis Malaysia seperti Wany Hasrita, Hael Husaini, Kamal Adli dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang tidak mengetahui kewujudan lagu ini, sebenarnya lagu ini merupakan kisah Si Nopal dan adiknya Dede yang ingin pergi berkhemah bersama-sama. Malah, baru-baru ini tular di internet mengenai penyanyi asal lagu tersebut iaitu Nadiah yang hanya berusia 16 tahun.

Akan tetapi, adakah anda mengetahui maksud disebalik perkataan bahenol itu sendiri? Untuk pengetahuan anda, perkataan bahenol dalam kamus bahasa Indonesia bermaksud ‘montok dan menggairahkan’.

photo_2019-02-12_15-24-30

Maksud perkataan bahenol itu sendiri kurang sopan di Indonesia dan adalah tidak wajar serta dianggap kurang ajar jika dikenakan pada orang tua. Kebiasaannya orang muda menggunakan perkataan tersebut merujuk kepada perempuan yang kelihatan seksi.

Pastinya anda terkejut dengan makna disebalik perkataan yang menjadi kegilaan warganet sekarang. Namun, ada yang berkata bahenol sebenarnya adalah perkataan yang ‘biasa’ sahaja di Indonesia dan tidak membawa maksud yang kurang sopan jika digunakan. Jadi selepas mengetahui maksud sebenar, adakah ada akan terus menyebut bahenol dalam kehidupan seharian?