Mula hadir dengan rekaan logo yang kurang disenangi orang ramai berdasarkan rekaannya yang buruk, logo ini nampaknya diberi kemaskini baru-baru ini dan dipilih daripada 587 penyertaan yang diterima oleh orang ramai.

Setelah beberapa bulan, Logo Visit Malaysia 2020 yang baru telah dipilih sendiri oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad. Disebalik susun atur rekaan serta pilihan warnanya, terdapat beberapa sebab mengapa logo terbaru ini dihasilkan. Berikut merupakan sebab-sebabnya.

1. Tampil dengan warna Jalur Gemilang

logo visit malaysia 2020

Menggunakan warna Jalur Gemilang iaitu kuning, merah, biru dan putih. Jalur Gemilang merupakan symbol kepada Malaysia dan ia wajar digunakan untuk menarik minat orang luar apabila digunakan di dalam logo kali ini.

Selama 47 tahun digelar sebagai Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama ini diusulkan oleh pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Saudara Redzuan Tamin dalam satu peraduan berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian.

Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Kemudian, nama bendera Malaysia yang baharu telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ianya menjadikan nilai Jalur Gemilang ini perlu dibawa ke mana-mana untuk menjadikan ia sebagai identiti Malaysia.

2. Memiliki simbol ikonik Malaysia

EAFgKAeU0AAFqwV

Mempunyai ‘warna’ Malaysia yang tersendiri iaitu burung Kenyalang atau dikenali sebagai burung enggang, bunga raya dan dedaun. Burung enggang sememangnya sinonim dengan Malaysia terutama di Sarawak yang mana ianya berhabitat di kawasan yang tingginya sehingga 1,500 meter.

Terdapat lebih 10 jenis burung ini di negara kita dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi dunia untuk melihat spesies ini. Ianya adalah Enggang, Burung Lilin, Enggang Papan, Enggang Bulu, Enggang Kawan, Enggang Buluh, Enggang Berkedut, Enggang Birah, Enggang Gunung, Enggang Hutan, Enggang Mentua dan banyak lagi.

Manakala Bunga Raya adalah Bunga Kebangsaan Malaysia. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.

Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus digunakan sebagai Bunga Kebangsaan. Di negara kita terdapat lebih 15 jenis bunga raya yang berbagai warna dan yang menjadi ikon kepada negara ialah yang berwarna merah.

3. Perbezaan warna

logo visit malaysia 2020

Ada 2 warna berbeza di dalam logo ini iaitu warna oren dan warna hijau. Kedua-dua warna ini tidak berada di dalam Jalur Gemilang. Ia adalah kerana oren melambangkan Malaysia merupakan negara yang cantik cuacanya manakala hijau itu memberi maksud negara ini masih mengekalkan hutan simpan, hutan rimba serta hutan kekal hingga ke hari ini.

Di Malaysia, masih terdapat 7 jenis hutan yang masih dijaga rapi, ia adalah hutan ericacous, hutan montane, hutan dipterokarpa atas, hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa pamah, hutan paya gambut dan hutan paya laut.

4. Penyusunan gambar yang kemas

EAEa_MGVUAE8aj6

Jika dilihat, susun atur gambar yang sangat kemas iaitu burung enggang di sebelah kanan, bunga raya di sebelah kiri serta yang menjadi dasar adalah dedaun merupakan perkara asas yang diterima untuk logo ini.

5. Menunjukkan lambang hormat

Jika diperhatikan betul-betul, ia adalah seekor burung enggang yang mempunyai mahkota iaitu bunga raya. Ia melambangkan kita semua sangat menghormati negara kita sendiri.

Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah melancarkan Logo Visit Malaysia 2020 ini di Lapangan Terbang Kuala Lumpur semalam dengan menyaksikan lebih 5 usahasama dari Sharp yang akan memaparkan lebih 10,000 paparan #VM2020 di Jepun dan China, kemudiannya bersama dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo dan juga FireFly. Kesemua syarikat penerbangan ini akan bersama membawakan Malaysia ke mata dunia.

Majlis pelancaran semalam, 22hb Julai 2019 berjalan dengan sangat lancar dengan kehadiran YAB Perdana Menteri diiringi oleh YAB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YAB Timbalan Menteri, serta barisan duta-duta dari luar negara dan pemain industri pelancongan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, Logo ini dihasilkan oleh seorang designer yang memenangi pertandingan melukis logo #VM2020 ini iaitu Alfred Phua Hong Fook.

YAB Tun berkata, target kita semua adalah untuk mendapatkan lebih 30 juta kemasukan pelancong dari luar negara tahun hadapan, untuk rekod, pada tahun 2018, seramai 28.5 juta kemasukan pelancong ke Malaysia. Kata YAB Tun,

If we have better air accessibility connecting other cities with Malaysia, we will be able to receive many more tourists.

Hence, we need to connect and reach out to ‘high yield’ markets which are Malaysia’s target market for this campaign, namely Asean, China, India, United Kingdom and Germany.

Tahniah YAB Tun Dr. Mahathir, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta semua yang terlibat di dalam pelancaran tersebut. Mari sama-sama jayakan Malaysia sebagai destinasi utama dunia. Visit Truly Asia Malaysia 2020 Hashtag rasminya ialah #VM2020

Baca lagi: Inilah Logo Baharu ‘Visit Malaysia 2020’ Yang Jauh Lebih Awesome