Amerika Syarikat menjadi negara paling terkesan dengan penyebaran wabak COVID-19 di dunia. Namun, sikap degil dan angkuh rakyat mereka dapat dilihat melalui protes yang dilakukan baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, rakyat AS dilaporkan telah bersiap untuk menyerbu pantai di Florida yang akan dibuka lebih awal walaupun wabak ini tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat situasi degil rakyat AS, seorang peguam bernama Daniel Uhlfelder mempunyai cara tersendiri untuk memberi amaran kepada penduduk agar tidak menyerbu pantai selagi mana keadaan COVID-19 di sana masih di tahap merbahaya.

Dia merancang untuk menjelajah pantai di sekitar Florida mulai 1 Mei ini untuk memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahayanya berkumpul beramai-ramai. Namun apa yang unik kali ini adalah dia tidak akan memakai seluar pendek seperti orang yang mahu ke pantai. Tetapi dia akan memakai kostum grim reaper atau malaikat maut.

“Ramai di antara anda yang bertanya apakah saya bersedia mengelilingi Florida dengan mengenakan pakaian Grim Reaper di pantai dan beberapa kawasan yang dibuka terlalu awal. Jadi jawapannya adalah ya,” tulis Daniel di Twitternya.

Bayangkan jika anda bercuti di tengah-tengah situasi wabak COVID-19 dan lalu muncul malaikat maut, apa yang akan dilakukan oleh anda? Tidak peduli atau lari?

Setakat hari ini, Amerika Syarikat melaporkan 842,624 orang yang dijangkiti wabak COVID-19. Manakala lebih daripada 40,000 orang meninggal dunia, ini menjadikan AS sebagai negara paling terkesan akibat wabak ini.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari topeng muka, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Amerika Syarikat, klik pautan di bawah.

Mahu Gunting Rambut Dan Melepak Antara Sebab Rakyat AS Tolak Kuarantin Di Rumah

Ibarat ‘Tunjuk Jari Tengah’ Buat Petugas Kesihatan, Rakyat AS Masih Berkumpul Di Jalanan