Umum ramai ketahui permintaan kereta terpakai agak baik selepas pandemik melanda dunia dua tahun lalu. Jika bernasib baik, kualiti yang dapat seakan-akan baik seperti kereta baharu. Bagaimanapun, seorang pemilik Citroen terpakai bernasib tidak baik apabila dia terpaksa membayar sejumlah wang untuk membaiki kereta yang dia beli dalam tempoh kurang sebulan.

Menurut portal sosial Mothership.sg, pemilik kereta itu yang dikenali sebagai Toh berkongsi pengalamannya yang hanya menggunakan kereta tersebut 27 hari selepas pembelian pada awal September 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lelaki di Singapura itu membelanjakan S$30,000 (RM99,720) untuk membeli kereta terpakai, tetapi akhirnya mengeluarkan S$10,000 (RM33,240) lagi untuk baik pulih.

Lelaki berusia 48 tahun itu, yang merupakan tutor persendirian, berkata dia membeli kereta 1,560cc, kenderaan pelbagai guna diesel Citroen C4 Picasso, daripada pengedar kereta terpakai di Jalan Sultan.

“Saya memilih untuk membeli kereta terpakai berkuasa diesel kerana beranggapan kereta itu boleh beri saya lebih banyak perbatuan, memandangkan harga petrol dan COE (sijil kelayakan) yang tinggi baru-baru ini,” kata Toh.

Tambahnya lagi, pengedar kereta terbabit telah memberitahunya bahawa mileage yang kereta itu adalah sekitar 100,000km. Bagi Toh ia nampak berbaloi dan dia membuat keputusan untuk terus membeli kereta itu.

Bagaimanapun, kerosakan pertama mula terjadi apabila dua minggu selepas dia membeli kereta itu, lampu amaran menyala memberitahunya ada masalah.

Sumber Gambar: Shin Min Daily News

Dia membawa kereta itu untuk pemeriksaan dan terpaksa membelanjakan S$300 (RM997) untuk membersihkan penapis. Dua atau tiga hari kemudian, air meresap ke bahagian hadapan kereta dan didapati terdapat masalah pada penutup getah.

Seminggu lagi berlalu dan penghawa dingin terpaksa dibaiki. Pembaikan terbaharu ialah major maintenance yang menelan belanja S$4,000 (RM13,297) untuk membaik pulih sepenuhnya paip, brek dan beberapa bahagian lain.

Kisah kurang baik Toh tidak berakhir di situ saja apabila dia menghantar keretanya ke workshop dan dimaklumkan bahawa bacaan odometer elektronik setakat 1 Ogos ialah 225,702km, tetapi dikurangkan dengan ketara kepada 108,361km.

Lelaki itu memberitahu Mothership.sg, masalah terakhir berlaku semasa dia bersama isterinya dalam perjalanan ke Melaka pada awal Oktober. Isyarat amaran kereta mula berkelip apabila mereka baru sahaja melintasi Jambatan Malaysia-Singapura kedua.

Toh mendapati tiada cecair dalam sistem penyejukan penghawa dingin. Bimbang isu lain mungkin muncul, dia memutuskan untuk membatalkan perjalanan dan pulang ke rumah.

Pengedar yang menjual kereta kepada Toh itu menafikan terdapat ‘perubahan’ odometer kereta terbabit, ketika dihubungi Shin Min Daily News.

Gambar Hiasan: YouTube West Heath Garage

“Kami telah menjual kereta selama lebih daripada 10 tahun dan mempunyai 100 kereta di tangan. Kami tidak dapat sedikit keuntungan pun dengan mengusik kereta itu,” kata seorang pekerja kepada portal berkenaan.

Pekerja itu menjelaskan bahawa waranti telah terbata; kerana Toh telah menghantar kereta itu ke bengkel lain untuk dibaiki. Bagaimanapun, mereka menawarkan untuk servis percuma sekali sahaja di pusat pembaikan kereta yang ditetapkan, dengan syarat tiada masalah lagi dengan kenderaan itu.

Menurut Toh, keretanya masih tidak dikembalikan kepadanya pada 17 Oktober lalu selepas kira-kira seminggu dia memulangkan kereta itu kepada pengedar untuk dibawa ke bengkel.

Dalam satu temu bual telefon, Toh berkata dia telah membelanjakan kira-kira S$10,000 (RM33,240) untuk pembaikan, namun dia merasakan seperti langsung tidak memandu kereta itu.

Toh menambah bahawa dia berada dalam dilema ketika ini kerana membaiki kereta adalah satu pilihan yanga ada, tetapi dia yakin akan menanggung lebih banyak kos baik pulih pada masa akan datang.

Bagi anda yang berkira-kira mahu membeli kereta terpakai, pastikan kereta tersebut menepati 18 perkara ini supaya dapat mengurangkan ‘beban’ anda kelak.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber