Hari ini genap 122 tahun usia akhbar Malay Mail beroperasi sebagai salah satu akhbar tertua di Malaysia. Semalam merupakan cetakan akhbar fizikal terakhir dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Cetakan pertama kali telah diterbitkan pada 1 Disember 1896 yang diasaskan oleh bekas pegawai kerajaan kolonian Inggeris, John Henry Matthews Robson. Melalui perkongsian oleh salah seorang editor akhbar itu di Twitter menunjukkan proses cetakan kali terakhir untuk akhbar tersebut semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cetakan teristimewa dan terakhir tersebut merupakan langkah pertama untuk beralih ke era keluaran secara digital sepenuhnya. Seramai 165 pekerja terbabit juga diberi tempoh masa seminggu untuk memutuskan sama ada berhenti atau terus kekal berkhidmat dengan jawatan baharu selepas penstrukturan organisasi dijalankan. Bermula hari ini akhbar tersebut akan beroperasi sepenuhnya melalui portal atas talian.