Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah mengeluarkan arahan untuk melarang daftar masuk bagasi bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Eropah mulai malam 5 Januari 2016 sehingga satu tarikh yang belum dinyatakan lagi. Pihak MAB akan memaklumkan kemudian jika ada sebarang perubahan di laman web MAB.

MAS luggage advisory 1

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →

Jika sebelum ini larangan bagasi untuk semua laluan Eropah, pihak MAB telah memaparkan pengumuman baru di mana daftar masuk bagasi bagi penerbangan MAB ke London dengan kapal terbang A380 adalah seperti biasa.

MAS larangan bagasi

Larangan sementara bagasi masih terpakai untuk laluan Amsterdam dan Paris pada 5 dan 6 Januari 2015. Dijangkakan pengumuman baru akan dibuat pada pukul 0100GMT/0900 waktu Malaysia di sini.

Larangan ini disebabkan oleh faktor keselamatan rentetan keadaan ketidaktentuan angin yang sangat kuat di laluan Eropah boleh menyebabkan kapal terbang menggunakan lebih banyak minyak berbanding biasa terutama apabila kapal terbang mempunyai muatan kargo yang sangat berat.

Berikutan larangan itu, penumpang MAB hanya dibenarkan membawa bagasi ke dalam kabin, seperti berikut:

(i) Penumpang kelas ekonomi: 1 buah bagasi dengan berat tidak lebih 7 kilogram.
(ii) Penumpang kelas Business/First: 2 buah bagasi dengan berat tidak lebih 14 kilogram.

Walau bagaimanapun, penumpang masih boleh daftar masuk bagasi bagi laluan Eropah sekiranya tidak kisah bagasi mereka lambat sampai ke destinasi kerana bagasi itu akan diterbangkan kemudian oleh MAB.

Larangan ini terpakai juga buat penumpang yang menggunakan penerbangan codesharing dari program OneWorld bagi tujuan connecting flight di mana bagasi mereka di dalam kargo akan dihantar kemudian.

Pengumuman MAB ini penting buat penumpang laluan Eropah bagi menyiapkan diri mereka dengan rancangan persediaan bagi menghadapi larangan ini yang tidak menerima daftar masuk bagasi seberat 20 kilogram hingga 30 kilogram seperti sebelum ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka