Sejak beberapa tahun terakhir ini, prestasi Malaysia Airlines dari segi kewangan jelas kurang memuaskan. Terpalit dengan isu MH370, MH17 serta faktor pengurusan antara yang memberi kesan kepada syarikat ini.

Keadaan kewangan yang semakin meruncing ditambah pula dengan penularan wabak COVID-19 secara tidak langsung telah mengeruhkan keadaan buat Malaysia Airlines sekaligus mendesak mereka untuk memohon bantuan daripada kerajaan untuk memastikan Malaysia Airlines dapat terus beroperasi.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

Difahamkan bantuan kewangan yang dimohon ini bakal digunakan bagi memastikan operasi Malaysia Airlines dapat terus berjalan meskipun terpaksa membatalkan sejumlah besar penerbangan berikutan wabak COVID-19.

MALAYSIA AIRLINES

Sumber: Malay Mail

Menurut para penganalisa, syarikat penerbangan tempatan ini berisiko untuk bankrap sekiranya gagal dapatkan bantuan kewangan.

Tidak hanya penularan COVID-19 yang memberi kesan buat semua syarikat penerbangan, kejatuhan harga minyak mentah yang menjadi sumber ekonomi negara secara tidak langsung mungkin memberi kesan buat kerajaan untuk membuat bailout mahupun sebaliknya.

STAR

Sumber: The Star Online

CEO AirAsia Group Berhad (AAGB), Tan Sri Tony Fernandes sekitar Januari lalu turut menunjukkan minat mengenai pengambilalihan Malaysia Airlines kepada pengarah urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan mengenai kerjasama AirAsia X Bhd bersama MAB sebagai merging acquisition.

Untuk pengetahuan, bukan sahaja Malaysia Airlines yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini. Malindo Airlines sebelum ini muncul syarikat penerbangan pertama negara mengumumkan pemotongan gaji kakitangan sebanyak 50%.

Sememangnya waktu yang sukar buat syarikat penerbangan ketika ini untuk terus beroperasi selagi wabak COVID-19 ini belum berakhir.

Ketahui lebih lanjut mengenai pemotongan gaji staf sebanyak 50% yang dibuat Malindo Airlines. Turut dikongsikan, cadangan AirAsia utnuk mengambil alih Malaysia Airlines daripada Khazanah Nasional.

Malindo Air Sedia Potong 50% Gaji Staf Berikutan Coronavirus

AirAsia Cadang Ambil Alih Malaysia Airlines Daripada Khazanah Nasional

Anda Mungkin Suka