Baru-baru ini tular kisah seorang pengguna Malaysia Airlines terpaksa keluarkan RM8,000 untuk pulang ke Malaysia selepas tiket untuk bayinya yang dibeli yang dibeli terus dari kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak dapat didaftar masuk.

Dalam satu kenyataan rasmi Malaysia Airlines, telah memohon maaf atas masalah yang dihadapi oleh sebuah keluarga yang sedang bercuti di Turkiye baru-baru ini dan berjanji akan menyelesaikan punca masalah tersebut.

Baca Juga:

Syarikat penerbangan itu berkata ia telah menghubungi penumpang Atieqah Azri pada 18 April untuk memaklumkan perkembangan siasatan.

“Kami telah memastikan pelanggan dikemas kini mengenai perkembangan siasatan, yang turut melibatkan pengendalian Qatar Airways terhadap situasi di Istanbul.

“Kami akan memastikan pelanggan diberi penjelasan dan penyelesaian yang lengkap,” kata pasukan perhubungan pelanggan syarikat penerbangan itu ketika dihubungi pihak NST.

Semalam, Atieqah menyiarkan aduan di laman Facebook mengenai layanan buruk yang diterimanya semasa perjalanan pulang dari Istanbul ke Kuala Lumpur pada 2 Mac, dan menggesa syarikat penerbangan itu bertanggungjawab atas kegagalan itu.

Atieqah dimaklumkan bahawa tiket penerbangan perkongsian kod bayinya tidak boleh didaftar masuk kerana sistem Qatar Airways menunjukkan tiket itu tidak disahkan sepenuhnya, menyebabkan dia, suaminya, dan anak lelaki mereka berusia 6 bulan terkandas di Lapangan Terbang Istanbul.

Keluarga itu dibiarkan membayar bil semata-mata untuk membeli tiket baharu pada harga lebih RM8,000.

Atieqah mendakwa rayuannya kepada syarikat penerbangan itu tidak diendahkan beberapa minggu selepas keluarga itu pulang ke tanah air, memaksanya meluahkan kekecewaan di media sosial.