Malaysia Airlines Bhd sedia untuk ditutup jika perbincangan dengan syarikat pajakan mengenai rancangan penstrukturan gagal, lapor The Edge Malaysia yang memetik CEO syarikat penerbangan nasional tersebut.

Sejumlah pemiutang dilaporkan menyokong rancangan syarikat, manakala sebahagiannya pula menentang dan yang lain masih belum memutuskan apa-apa, kata Izham Ismail.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam adalah tarikh akhir bagi pemiutang untuk memutuskan apakah langkah seterusnya, setelah itu MAS akan memilih sama ada untuk meneruskan pelan penyusunan semula atau melaksanakan “Pelan B” – yang mungkin melibatkan penyerahan sijil pengendali kepada syarikat penerbangan yang baharu dengan nama yang lain.

Syarikat ini berusaha keras untuk mendapatkan kerjasama dari mereka yang terlibat sehingga dapat “melangkah ke fasa berikutnya dalam menjadikan perniagaan itu lestari”, kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan itu, yang dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia Khazanah Nasional Bhd, mengumumkan awal bulan ini bahawa ia telah memulakan penstrukturan “mendesak” yang melibatkan rundingan semula dengan pemberi pajak.

Syarikat sebelum ini turut melaksanakan pemotongan gaji bagi kumpulan pengurusan dan juruterbang. MAS juga menawarkan cuti tanpa gaji dan telah meminta penangguhan pembayaran serta rundingan semula kontrak.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

AirAsia Cadang Ambil Alih Malaysia Airlines Daripada Khazanah Nasional

Malaysia Airlines Pecat Seorang Pramugari Gara-Gara Berat Badan Naik 0.7kg