Panduan keselamatan dalam penerbangan komersil merupakan satu dokumen panduan yang sangat penting bagi semua penumpang. Oleh itu Malaysia Airlines mengambil inisiatif untuk menyediakan salinan panduan keselamatan edisi Braille untuk penumpang kelainan upaya penglihatan.

Menerusi hebahan pada laman sosial Twitter, Malaysia Airlines memberitahu kini panduan keselamatan dalam penerbangan juga tersedia dalam edisi Braille kerana pihak syarikat penerbangan tersebut sedar akan kepetingan pengetahuan keselamatan untuk semua penumpang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahniah diucapkan atas keprihatinan dan inisiatif Malaysia Airlines.