Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Ina Meliesa Hassim, dipecat dari tugasnya tiga tahun lalu kerana berat berlebihan iaitu 0.7kg berbanding standard berat syarikat.

Ina membawa kes ini ke pengetahuan mahkamah pada September 2017 kerana beliau merasakan pemecatannya berlaku dengan cara tidak adil.

Namun pada 14 Februari 2020, beliau tewas kes tersebut selepas Mahkamah Perusahaan memutuskan untuk berpihak kepada syarikat penerbangan Malaysia, lapor Berita Harian.

Ina pada ketika itu mempunyai ketinggian sebanyak 160cm dan berat yang dibenarkan MAS di bawah garis panduan dandanan dan pakaian seragam penerbangan ialah 61 kg, tidak lebih daripada itu. Namun angka akhir sewaktu beliau menimbang berat pada 10 April 2017 adalah 61.7kg.

Hasilnya, setelah bertungkus lumus untuk MAS selama 25 tahun, beliau akhirnya dipecat kerana berat badan yang berlebihan iaitu 0.7kg.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Syed Noh Said Nazir, menjelaskan bahawa MAS telah membuktikan keputusan untuk menamatkan Ina adalah ‘adil’.

Beliau menambah bahawa syarikat penerbangan itu telah memberi ‘peluang yang mencukupi’ untuk beliau mematuhi keperluan berat badan iaitu selama 18 bulan bagi memenuhi keperluan berat badan syarikat.

Mahkamah juga memutuskan bahawa ‘sebab dan kenapa’ syarikat penerbangan itu melaksanakan dasar berat badan adalah wajar.

Dalam notis pekeliling bertarikh 20 Oktober 2015, MAS menyatakan, menurut Edge Market, “Sebagai kru kabin, selain mengekalkan penampilan seperti yang ditetapkan oleh syarikat, anda juga bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan penumpang kami semasa dalam penerbangan.”

MAS menambah bahawa keperluan berat badan adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengekalkan imej syarikat penerbangan premium.

Namun keputusan ini nyata tidak diterima oleh semua pihak, terbaharu Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Penerbangan Malaysia (Nufam) telah menyuarakan kekecewaannya dengan keputusan mahkamah.

Nufam menggesa kerajaan Malaysia untuk meminda undang-undang buruh yang nyata telah menekan para pekerja dan mereka akan menghantar surat protes kepada Kementerian Sumber Manusia dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bagi menimbang semula pemecatan Ina.

Dalam satu kenyataan pada 19 Februari lalu, Nufam berkata bahawa keputusan itu tidak berperikemanusian, menurut Free Malaysia Today (FMT), kerana ia menunjukkan bahawa MAS mengamalkan satu sistem yang diskriminasi dan tidak adil.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Malaysia Airlines, boleh klik pautan di bawah.

AirAsia Cadang Ambil Alih Malaysia Airlines Daripada Khazanah Nasional

Malaysia Airlines Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Bermula 11 Jun 2019

Anda Mungkin Suka