Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia sempena anugerah pelancongan antarabangsa Majlis Antarabangsa Persatuan Penulis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) 2019 di ITB Berlin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail berkata kejayaan ini adalah hasil dedikasi pekerja syarikat tersebut yang komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Tambahnya lagi, pekerja bukan sahaja berusaha memberikan perkhidmatan terbaik di darat bahkan juga sepanjang perjalanan penumpang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

d_select_future

Sebagai tanda terima kasih, Malaysia Airlines kini sedang mengadakan potongan harga tiket sehingga 20% ke beberapa destinasi terpilih termasuk Hong Kong dan Sydney. Rebut peluang untuk mendapatkan tawaran hebat ini untuk perjalanan sekarang hingga 31 Mei 2019. Promosi ini akan berakhir jam 12 tengah malam 12 Mac 2019.

Sumber