Teksi motorsikal seperti Go-jek dan Dego Ride bakal dilancarkan di dalam skala yang kecil bermula Januari 2020, kata Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke. Tempoh ujian akan dilakukan selama 6 bulan untuk melihat permintaan pelanggan terhadap servis ini.

Merurut Anthony Loke, beliau berkata teksi motorsikal ini akan jadi penting dan menyediakan pengangkutan awam yang komprehensif.

pexels-photo
HYPE
3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik
Baca lagi →

sumber: SoyaCincau.com

Projek ini akan dihadkan operasinya di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu iaitu kawasan yang paling maju di Malaysia dan di mana ibu kota Kuala Lumpur terletak. Namun begitu, kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperluaskan ke kawasan lain sekiranya terdapat permintaan.

Untuk memastikan keselamatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis akan terlibat dalam pelaksanaan undang-undang sebagaimana Akta Pengangkutan Jalan.

Untuk pengetahuan anda, Dego Ride merupakan sebuah syarikat tempatan yang mula beroperasi seawal 2017. Dego Ride menawarkan servis perkhidmatan teksi-motorsikal dalam jarak 3km dengan caj RM3 serta servis menghantar barangan.

Pada 1 November lalu, kerajaan mengumumkan akan membenarkan servis hailing bermotor bagi meningkatkan perhubungan dalam sistem pengangkutan awam.

Dikepilkan di sini artikel-artikel yang berkaitan dengan bike-hailing. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Dego Ride Kembali Beroperasi Dengan Penawaran Servis Secara Percuma

Lelaki Ini Kongsikan Kesan Startup Tempatan Terhadap Kemasukan Go-Jek Ke Malaysia

MakCik Travels, Servis E-Hailing Dengan Bantuan Pengiring Buat Warga Emas

 

Anda Mungkin Suka