Tepat sebelum tempoh 48 jam, pejabat kedutaan Korea Utara di negara ini telah dikosongkan sekitar jam 11.00 pagi tadi berikutan kemelut negara komunis itu yang bertindak untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, lapor Sinar Harian.

Kesemua 33 warga Korea Utara termasuk pekerja kedutaan dan ahli keluarga mereka dihantar keluar dari perkarangan bangunan berkenaan menaiki sebuah bas menuju ke KLIA. Namun begitu, Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song, sempat ditemu ramah oleh media tempatan sebelum bergegas pergi ke KLIA menaiki sebuah kereta berwarna putih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau juga menjelaskan kepada media bahawa Malaysia akan menerima ‘akibat’ berikutan perlaksanaan mengekstradisi warganegara Korea Utara, Mun Chol Myong ke Amerika Syarikat atas kesalahan pengubahan wang haram. Situasi bertambah tegang apabila Yu Song juga mendakwa tindakan Malaysia itu sekaligus telah menjejaskan kedaulatan negaranya.

“Isu ini berlaku adalah hasil nyata dari konspirasi anti-Korea Utara yang dibuat daripada dasar keji oleh Amerika Syarikat,” ujar Yu Song sebelum bergerak ke KLIA seperti dilaporkan Sinar Harian.

Dalam pada itu, Berita Harian telah melaporkan bahawa bas yang membawa 33 warga Korea Utara itu selamat tiba di KLIA sekitar jam 11.45 pagi tadi dan dijangka akan berlepas ke Pudong, Shanghai pada jam 4.10 petang ini sebelum ke Korea Utara.

Kerajaan memberi masa 48 jam untuk kedutaan Korea Utara keluar dari Malaysia. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kerajaan Beri Kedutaan Korea Utara Masa 48 Jam Untuk Keluar Dari Malaysia

‘Malaysia Buat Jenayah Yang Tidak Boleh Dimaafkan’ – Korea Utara Putus Hubungan Dengan Malaysia