Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha umum pelancong dari 46 negara yang lengkap divaksinasi boleh berkunjung ke negara tersebut bermula 1 November tanpa perlu dikuarantin.

Prayuth berkata setiap pengunjung bagaimanapun perlu menunjukkan bukti mereka telah mendapat dua suntikan vaksin serta dokumen yang mengatakan mereka bebas COVID-19 sebelum masuk ke negara Thailand.

Bagaimanapun setelah tiba di Thailand, pelancong bakal diuji lagi dan memesan satu malam di hotel yang disetujui pemerintah sambil menunggu hasilnya. Jika negatif, mereka boleh melancong dengan bebas.

Malaysia merupakan antara negara ‘berisiko rendah’ yang dibenarkan masuk ke Thailand dan pelancong negara lain yang boleh ke Thailand tanpa perlu kuarantin adalah China, Singapura, Jerman dan Australia.

Senarai ini dikeluarkan adalah sebagai salah satu langkah demi menaikkan semula industri pelancongan Thailand yang penting bagi negara tersebut. Thailand akan membuka kembali beberapa pusat pelancongan terkenal termasuklah Hua Hin dan Pattaya yang sebelum ini ditutup kepada pelancong luar.

“Kami tahu pembukaan ini akan merancakkan kembali ekonomi tetapi ada risiko jumlah orang yang dijangkiti meningkat, tetapi itu risiko yang harus kami terima,” kata Prayut.

Sebelum pandemik, Thailand menarik hampir 40 juta pelancong dari seluruh dunia. Sebelum ini Thailand telah membuka destinasi pelancongan terkenal Phuket sebagai pilot project untuk melihat kadar kesediaan Thailand menerima pelancong dari negara luar.

Selain Thailand, ini beberapa negara lain yang anda boleh pergi tanpa perlu kuarantin. Klik pada pautan di bawah.

Sudah Boleh Ke Luar Negara, Ini 6 Destinasi Yang Sedia Terima Pelancong Malaysia Tanpa Perlu Kuarantin

Thailand Cadang Kenakan Yuran Kemasukan RM62 Buat Pelancong Luar Sebagai Dana Pelancongan

Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand

Anda Mungkin Suka