Melalui pendedahan yang dibuat oleh akaun Twitter, World of Statistic, dilaporkan bahawa Malaysia berada di kedudukan 10 teratas dalam senarai lelaki paling ramai yang merokok.

Dalam hantaran yang dibuat pada 20 May lalu, difahamkan bahawa Malaysia berada di tangga ke-9 dengan peratusan sebanyak 42.7% lelaki yang merokok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Manakala di tangga ke-8 adalah Sri Lanka dengan 43.2% dan melengkapkan senarai 10 teratas adalah Thailand dengan 42.5%.

Bagi lima teratas pula, jiran kita Indonesia berada dipuncak senarai dengan 70.5% lelaki di negara itu merokok. Di tempat kedua pula adalah Myanmar dan Bangladesh di tempat ketiga.

Bagaimanapun, tidak pasti bagaimanakah data ini diperoleh tetapi melalui tinjauan Vocket ke atas laman Our World Data, Indonesia mempunyai peratusan yang tertinggi bagi lelaki yang menghisap rokok.

Pada tahun 2020 sahaja, negara itu mencatat 71% lelaki yang menghisap rokok, manakala Malaysia mencatat 43% kaum lelaki di negara ini yang menghisap rokok.