Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia di peringkat terburuk dalam laporan tahunan isu pemerdagangan manusia dalam data yang dikeluarkan hari ini. Keputusan ini berlaku setelah terdapat banyak rungutan oleh kumpulan hak asasi dan pihak berkuasa AS atas tuduhan eksploitasi pekerja migran di ladang dan kilang. Negara yang berada di tahap ini boleh dikenakan sekatan oleh AS.

Malaysia dikatakan telah jatuh ke Tahap Tiga dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021 setelah berada di Tahap 2 sejak 2014. Jabatan Negara AS menempatkan Malaysia di Tahap Tiga kerana tidak mematuhi piawaian minimum untuk menghapuskan pemerdagangan manusia atau melakukan usaha yang signifikan untuk mematuhinya, lapor Reuters.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain Malaysia, negara Guinea-Bissau turut dimasukkan dalam senarai Tahap Tiga yang didalamnya termasuk Afghanistan, Algeria, Myanmar, China, Comoros, Cuba, Eritrea, Iran, Nicaragua, Korea Utara, Russia, Selatan Sudan, Syria, Turkmenistan dan Venezuela. Empat negara iaitu Belarus, Burundi, Lesotho and Papua New Guinea dikeluarkan daripada senarai Tahap Tiga dan dimasukkan ke Tahap Dua. Enam negara diturunkan daripada Tahap Satu ke Tahap Dua iaitu Cyprus, Israel, New Zealand, Norway, Portugal dan Switzerland.

Difahamkan Tahap Satu merujuk kepada pematuhan sepenuhnya dan Tahap Dua pula bagi usaha yang signifikan untuk mematuhi TVPA manakala Tahap Tiga adalah negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.

Tambah Reuters lagi, Malaysia mempunyai hampir 2 juta pekerja asing, dan kumpulan hak asasi mengatakan ada berjuta-juta lagi pekerja asing yang hadir tanpa dokumen yang sah. Malaysia juga menempatkan lebih 170,000 pelarian berdaftar dan pencari suaka, yang kebanyakannya adalah Rohingya dari Myanmar.

Pekerja migran biasanya masuk ke Malaysia dengan membayar yuran yang tinggi kepada ejen di negara asal mereka, di mana menurut aktivis menyebabkan mereka terikat dengan hutang. Impak pandemik COVID-19 telah memaksa terciptanya persekitaran untuk sindiket pemerdagangan manusia berikutan kebanyakan kerajaan mengalihkan fokus dalam menangani krisis kesihatan itu.

Rakyat Malaysia buat pelarian Rohingya rasa tidak selamat, dakwa negara ini sudah jadi penjara. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Malaysia Buat Pelarian Rohingya Rasa Tidak Selamat, Dakwa Negara Ini Sudah Jadi Penjara

Pelarian Rohingya Bayar RM10,000 Untuk Masuk Malaysia, Ada Yang Datang Atas Tujuan Kahwin

Ribuan Pelarian Rohingya Merusuh, Tak Mahu Tinggal Di Kem Yang Sesak Seperti Setinggan