Apple pada minggu lalu telah melancarkan model terbaru iPhone terdiri daripada siri iPhone 12. Pengenalan model terbaru dengan penyertaan rangkaian 5G ini secara tidak langsung telah membuat para peminat tidak sabar untuk menjadi yang terawal memilikinya.

Lebih menarik, laman rasmi Apple pada kali ini terus mengemaskini harga bagi model terbaru iPhone sejurus selepas atur cara rasmi Apple tamat.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Dalam pada itu, tahukah anda meskipun Malaysia tidak mempunyai Apple Store, negara ini turut tersenarai sebagai antara negara untuk memiliki iPhone 12 dengan harga terendah.

201020-iPhone-12-price-country-comparison

Menggunakan iPhone 12 dengan ruang storan 128GB sebagai perbandingan, Amerika Syarikat muncul sebagai termurah untuk mendapatkan iPhone 12 128GB iaitu dengan harga serendah $943 (~RM3,908). Negara India pula muncul sebagai negara termahal untuk mendapatkan iPhone dimana iPhone 12 128GB ditawarkan dengan harga $1,158 (~RM4,799.91).

Berdasarkan perbandingan yang dibuat Statista, dapat dilihat negara Malaysia tidak berada dalam senarai. Walau bagaimanapun, berdasarkan harga yang ditawarkan, Malaysia berada di negara keempat selepas Amerika, Jepun dan China menawarkan iPhone 12 dengan harga terendah dimana model ini sedia dijual pada harga RM4,099.

ezgif-3-546c010c4bc2

Sumber: CNET

Untuk pengetahuan model dengan harga termurah daripada siri iPhone 12 adalah iPhone 12 Mini 64GB yang hadir dengan harga RM3,399 manakala model termahal pada siri ini pula adalah iPhone 12 Pro Max 512GB yang ditawarkan pada harga RM6,699.

Ketahui lebih lanjut mengenai 4 model siri iPhone 12 yang dilancarkan Apple pada minggu lalu dengan klik pautan di bawah.

4 Model Siri iPhone 12 Dilancarkan Apple Bermula Daripada RM3,399

Apple iPhone 12 Disahkan Tidak Lagi Menawarkan ‘Charger’ Dan EarPods

Anda Mungkin Suka