Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Skuad bimbingan Bojan Hodak telah berjaya mengesahkan tempat ke pusingan akhir kejohanan AFC B19 Championship 2018, apabila berjaya untuk berada pada kedudukan ke 5 naib juara terbaik pada pusingan kelayakan.

Malaysia terpaksa menunggu sehingga tamat perlawanan diantara Arab Saudi bertemu Yemen, dan kemenangan 2-1 Arab Saudi semalam telah berjaya menyekat peluang Yemen dan memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk mengisi slot terakhir ke Indonesia tahun hadapan.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Template Group B1

Undian Peringkat Kumpulan

Kesemua 16 pasukan yang layak akan dibahagikan kepada 4 balang utama dan Malaysia berada dalam balang terakhir bersama-sama Chinese Taipei, Korea Utara dan Jordan.

Proses undian akan dijalankan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti, dengan Indonesia selaku tuan rumah diletakkan dalam kumpulan A.

4 Pasukan Terbaik Ke Piala Dunia B20 2019

FIFA-U-20-World-Cup

Kejohanan AFC B19 Championship akan berlangsung pada 18 Oktober hingga 4 November 2018 di 5 buah bandar Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Bekasi, Cibinong dan Cikarang, disertai oleh 16 buah negara yang telah layak.

4 pasukan terbaik yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir secara automatik mengisi slot ke Piala Dunia B20 sebagai wakil Asia yang akan berlangsung samada di India, Kenya atau Poland.

 

Anda Mungkin Suka