Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan akan berlaku tsunami gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara ini.

Gelombang ketiga itu menurut beliau bakal berlaku jika melihat kepada sejumlah besar rakyat Malaysia yang bercuti ke luar negara ketika musim cuti sekolah awal bulan ini.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Dia dilaporkan berkata demikian oleh portal Malaysiakini dalam satu sidang media di Putrajaya pada semalam.

Tambah beliau, perkara itu bertambah teruk selepas pihak mereka turut dimaklumkan terdapat 8,000 kakitangan salah sebuah kementerian diberikan kelulusan untuk bercuti di luar negara sebelum ini.

“Kita dah tahu gelombang kedua melibatkan warga Malaysia dan kes mereka adalah kes import. Contoh lihat kes 23, pergi Jepun dengan keluarga dan balik positif.

“Jadi kita takut bila 32,000 dari pelancong warga Malaysia ke Korea, Jepun, Itali dan sebagainya, bila kembali maka kita mungkin akan dapat kes import yang mendadak,” kata beliau seperti dilaporkan Malaysiakini.

Jelasnya lagi, Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sedang dilaksanakan juga sebenarnya merupakan salah satu persediaan pihak KKM menghadapi gelombang ketiga ini.

“Kami menjalankan PKP ini sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami,” katanya.

Walaupun masih terdapat bilangan kes positif COVID-19 yang dicatatkan setiap hari, Malaysia bagaimanapun diiktiraf masyarakat dunia sebagai negara terbaik dalam menangani pandemik ini. Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami sebelum ini. 

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Contohi Wuhan Untuk ‘Putuskan’ COVID-19

Bebas Daripada COVID-19, Pelancong China Sedia Untuk ‘Travel’ Semula Seawal April Ini

Anda Mungkin Suka