Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba memaklumkan Malaysia bakal berhenti menggunakan vaksin COVID-19 dari China iaitu Sinovac selepas 16 juta dos habis disuntik kepada orang ramai.

Difahamkan Malaysia memilih untuk menawarkan vaksin Pfizer buat orang ramai melihatkan kepada penawarannya yang tinggi iaitu sebanyak 45 juta dos mencukupi untuk 70% individu di Malaysia.

2021_01_07_109708_1610007579._large
Sumber: The Jakarta Post

Sehingga kini, 8 juta dos vaksin Sinovac telah disuntik kepada penerima dos pertama dan bakinya bakal tersedia buat penerima dos kedua. Sementara itu, mereka yang masih belum menerima sebarang suntikan vaksin bakal menerima vaksin Pfizer kelak.

Negeri Kelantan muncul sebagai negeri pertama yang bakal menghentikan penggunaan Sinovac dan menggunakan vaksin Pfizer. Langkah ini dijangka bakal diikuti negeri-negeri lain kelak apabila bekalan Sinovac dalam negara habis digunakan.

Perdana Menteri baru-baru ini telah mencadangkan kelonggaran dine-in di restoran buat penerima dos suntikan vaksin sebagai tanda kehidupan akan kembali kepada normal.

PM Cadang Kelonggaran ‘Dine-In’ Di Restoran Buat Penerima Dua Dos Suntikan Vaksin

Kelantan Bakal Hentikan Agihan Vaksin Sinovac, Digantikan Dengan Vaksin Pfizer