Pada 30 Ogos yang lalu, seorang lelaki berusia 29 tahun telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).

Namun, simpanan ganja oleh lelaki ini sebenarnya adalah untuk rawatan alternatif yang diusahakannya di mana beliau sudah merawat hampir 800 pesakit dengan kaedah ini. Ramai pihak beranggapan ianya satu hukuman yang tidak adil untuk seorang yang menggunakan ganja untuk tujuan yang baik dijatuhkan hukuman mati.

Sehubungan itu, menurut laporan oleh Bloomberg, kerajaan Malaysia sedang berkira-kira untuk menghalalkan ganja untuk kegunaan perubatan dan menjadi negara Asia pertama yang berbuat demikian.

sakau-ganja-marijuana

Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar mengatakan kabinet sedang berbincang tentang perkara ini dan mungkin akan menggubal kembali undang-undang tentang penggunaan ganja dalam perubatan. Namun, Xavier menambah untuk mendapatkan sokongan tentang usul ini akan mengambil masa dan sokongan daripada ahli kabinet yang lain.

“Ianya akan memerlukan sokongan. Pandangan peribadi saya jika ianya ada nilai perubatan, ianya perlu menjadi barangan kawalan dan boleh digunakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai ubatan preskripsi,” kata Xavier.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu menyemak semula undang-undang yang berkaitan ganja dalam perubatan.

Negara Kanada adalah antara negara terawal yang memandang serious tentang perubatan ganja ini dan akan mencipta industri ganja bernilai USD60 bilion di masa akan datang.

ganja

Cabaran buat negara selepas ini adalah bagi membezakan ganja untuk perubatan dan juga ganja untuk rekreasi. Tetapi adakah salah untuk mengambil ganja secara rekreasi?

Kerajaan Belanda mengkategorikan ganja sebagai less dangerous drugs, dan sejak 1976, ianya boleh diambil secara rekereasi di coffee shop tempatan. Sebab untuk berbuat demikian adalah supaya ianya diambil secara berhemah dan tidak keterlaluan.

Mungkin negara Kanada dan Belanda boleh jadi model terbaik untuk penggunaan ganja di Malaysia. Namun, ianya bukan semudah yang disangka dan banyak perkara lain yang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum ganja halal untuk digunakan. Anda setuju untuk halalkan ganja di Malaysia?

Sumber