Malaysia akan menghantar pulang 1,200 warga Myanmar yang ditahan setelah kerajaan tentera Myanmar menawarkan tiga kapal tentera laut untuk menjemput mereka.

Menurut laporan daripada Malaysia News Today, kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur telah membuat tawaran untuk mengambil semula warga yang ditahan di pusat tahanan imigresen Malaysia pada minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pusat-pusat tahanan biasanya menahan pencari suaka, pelarian, serta mereka yang berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah. Walaupun begitu, pegawai yang bertugas tidak menjawab pertanyaan sama ada pemulangan warga Myanmar tersebut termasuk pelarian ataupun tidak.

Menurut agensi Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), negara Malaysia telah menempatkan lebih daripada 154,000 pencari suaka serta ribuan pekerja imigran dari Myanmar.

Myanmar menawarkan untuk mengambil kembali rakyatnya iaitu lebih daripada 100 etnik kecuali Rohingya, yang dilihat sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Menurut sumber, kapal-kapal itu dijangka tiba di Malaysia pada 21 Feb dan akan berangkat pulang dua hari kemudian.

Telah disahkan

Ketua Pengarah Imigresen Dato’ Khairul Dzaimee Daud telah mengesahkan perincian tersebut di mana pihak berkuasa telah bersetuju untuk menyerahkan tahanan-tahanan tersebut kepada angkatan tentera laut Myanmar.

“Ya, kami telah bersetuju. Semuanya dari depot imigresen,” kata beliau dalam pesanan teks, tanpa mengulas lanjut.

Win Min Soe, salah seorang pekerja di kedutaan Myanmar, mengesahkan tawaran itu, manakala Jurucakap Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri tidak menjawab permintaan bagi mendapatkan tindak balas perkara tersebut.

Selain itu, James Bawi Thang Bik daripada Alliance of Chin Refugees yang berpusat di Kuala Lumpur berkata walaupun Malaysia menghantar pulang warga Myanmar secara berkala, ini adalah kali pertama tentera laut Myanmar menawarkan diri untuk membantu usaha tersebut.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai aplikasi Facebook yang dilaporkan mengalami gangguan selepas kudeta di Myanmar melalui pautan di bawah.

Facebook Dilaporkan Disekat Dan Mengalami Gangguan Selepas Kudeta Di Myanmar

Asyik Menari Dengan Lagu ‘Bang Jago’, Wanita Ini Tak Sengaja Rakam Rampasan Kuasa Di Myanmar