Malaysia bakal menamatkan siaran TV analog pada akhir bulan Mac ini. dengan kesempatan itu, MYTV bakal mengedarkan sebanyak 1.5 juta set dekoder percuma kepada penerima yang layak menerima set dekoder percuma daripada pihak mereka bermula Januari 2019.

MYTV berkata pihak mereka memilih penerima melalui Bantuan Sara Hidup Rakyat (BHSR) dengan keutamaan yang diberikan kepada penerima yang berpendapatan rendah.

jonathan-wong-kar-gee
HYPE
Ini 5 Atlet Tempatan Yang Telah Berjaya Di Persada Sukan Antarabangsa
Baca lagi →

mytv-02

Penerima yang terpilih sudah menerima atau akan menerima surat pemberitahuan mereka layak untuk mendapat dekoder ini dan jika tidak, mereka seharusnya menghubungi MYTV untuk mengesahkan kelayakan untuk menerima decoder percuma ini. Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Michael Chan berkata set dekoder percuma akan dihantar ke alamat seperti yang didaftarkan dengan BSHR melalui Pos Malaysia.

Berikutan pengumuman ini dilakukan, pihak Careline Pelanggan MYTV tidak putus-putus menerima panggilan daripada orang ramai untuk bertanyakan hal berkenaan namun pihak mereka sangat memohon maaf akan kesulitan yang dialami.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka