Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata seramai 32,000 buruh asing dari Indonesia dan Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia bagi menampung keperluan tenaga kerja di ladang-ladang sawit di seluruh negara.

Memetik laporan Sinar Harian, kehadiran buruh asing yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 ini selari dengan sasaran realistik KPPK untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tempoh 100 hari seperti yang ditetapkan oleh Perdana Menteri.

Buruh asing yang bertanggungjawab menuai buah kelapa sawit ini akan membantu KPPK dalam mencapai sasaran pencapaian pengeksportan komoditi berjumlah RM180 billion, di mana sekarang angka itu sudah pun mencapai lebih RM160 bilion.

“Nilai eksport perlu ditingkatkan dan pekerja ladang dari luar negara boleh diambil bekerja sebagai penuai ladang sawit kerana rakyat Malaysia sendiri masih belum bersedia menjalankan pekerjaan itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian, di sini, pada Ahad.

Tambah beliau lagi, kemasukan buruh asing ke Malaysia akan dilakukan secara berpeingkat dan melibatkan pemeriksaan kesihatan yang ketat. Mereka juga akan dikuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan untuk bekerja.

Kemasukan buruh asing bagi sektor perladangan, pembinaan dan perkilangan bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Sejak beberapa tahun lalu, Malaysia sudah membenarkan ribuan buruh asing untuk bekerja di negara ini.

Bagaimanapun, nama Malaysia sedikit terpalit apabila Amerika Syarikat pernah menuduh syarikat yang bertapak di negara ini menjalankan aktiviti buruh paksa yang melanggar hak asasi manusia.

Bagi Pengerusi Majlis Penasihat Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL), Tan Sri Abdul Wahid Omar, Malaysia perlu menyemak semula dan memperbaharui dasar buruh bagi menangani masalah isu buruh asing.

Katanya, kebanyakan tuduhan buruh paksa yang melibatkan pengeluar minyak sawit dan sarung tangan getah tempatan adalah berkaitan ‘ikatan’ pekerja asing dengan ejen pengambilan pekerjaan di negara asal mereka.

Justeru bagi beliau, perhatian segera diperlukan sejajar dengan permintaan global yang mana banyak perniagaan global akan mengecualikan syarikat yang didakwa terbabit dalam amalan buruh paksa dan perhambaan moden.

Amerika Syarikat pernah merampas produk Top Glove awal tahun ini apabila syarikat terbabit didakwa terlibat dengan aktiviti penghambaan moden. Klik pautanndi bawah untuk membaca.

Amerika Syarikat Rampas Semua Produk Top Glove, Jumpa ‘Bukti’ Wujud Amalan Buruh Paksa

Enggan Ikut Arahan Kerajaan, Butik H&M Sudah Mulai Dipadam Daripada Peta Dan Carian Di China

Jenama Uniqlo Dan Zara Disyaki Terlibat Dalam Jenayah Buruh Paksa Umat Islam Uighur

Anda Mungkin Suka