Semua orang sedia maklum jika mahu memandu di mana-mana kawasan dalam Malaysia ini memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Baru-baru ini satu kajian yang dikongsikan oleh Confused.com telah mendapati Malaysia berada di tangga ke-8 daripada senarai negara-negara paling stres untuk memandu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Confused.com

Tinjauan tersebut dibuat oleh sebuah platform perbandingan perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di UK yang mengkhusus dalam perbandingan perkhidmatan insurans dan kewangan.

Markah diberikan berdasarkan beberapa faktor seperti kualiti jalan raya, tahap kesesakan, bilangan kamera kelajuan dan kematian trafik jalan raya. Malaysia menduduki tempat kelapan dengan markah sebanyak 72 daripada 100, menjadikan negara ini sebagai ‘wakil tunggal’ ASEAN yang teratas.

Hasil tinjauan yang dikongsikan mendapati Malaysia mempunyai 91.5 kereta di atas jalan raya bagi setiap kilometer, purata kamera perangkap laju untuk setiap 995.88km, kualiti jalan raya 72.4/100 dan kadar kemalangan maut sebanyak 22.93 per 100,000 penduduk.

Menurut editor Confused.com, untuk melengkapkan tinjauan ‘negara yang paling tertekan’ untuk memandu ini, pihaknya telah menggunakan beberapa sumber yang berbeza daripada WHO (World Health Organisation) hingga WEF (World Economic Forum) merangkumi empat faktor utama: kualiti jalan raya, bilangan kamera kelajuan, kemalangan maut bagi setiap penduduk negara, serta bilangan kereta setiap KM jalan raya.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lalu beberapa tinjauan antarabangsa mendapati pemandu kereta model BMW dan Audi antara yang bermasalah. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pemilik Kereta BMW Diundi ‘Pemandu Paling Bermasalah’ Dalam Satu Tinjauan

Kaji Selidik Di UK Dapati Pemandu BMW Dan Audi Berpotensi Untuk Jadi ‘Psychopath’

Sumber