Ini merupakan satu lagi pencapaian yang membanggakan buat rakyat Malaysia apabila Malaysia diiktiraf sebagai negara yang memiliki perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan infrastruktur canggih.

Menurut laman web International Living, negara Malaysia menduduki tempat pertama daripada 6 negara yang mendapat penilaian terbaik dalam kategori Kesihatan Terbaik di Dunia untuk tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, pemilihan ini berdasarkan beberapa faktor iaitu hospital yang bersih, cemerlang, doktor yang terlatih, dan harga yang berpatutan. Penilaian dilakukan oleh The Joint Commission International (JCI) yang merupakan satu organisasi diiktiraf di seluruh dunia meneliti taraf perkhidmatan kesihatan seluruh dunia.

The Joint Commission International (JCI) telah menilai 13 hospital di negara ini dimana kebanyakkan hampir semua doktor yang majoritinya dilatih di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia dimana fasih berbahasa Inggeris malah boleh berkomunikasi dengan baik.

Harapnya dengan pengiktirafan ini dapat membuka mata rakyat Malaysia dan orang luar bahawa perkhidmatan perubatan negara kita adalah yang terbaik.