Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Media pemerintah Korea Utara, KCNA, melaporkan bahawa Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara itu mengekstradisi seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan media tempatan, pada 9 Mac, mahkamah tinggi Malaysia memutuskan bahawa rakyat Korea Utara, Mun Chol Myong, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Mun ditangkap pada tahun 2019 setelah Amerika Syarikat menuduhnya mencuci wang melalui syarikat dan mengeluarkan dokumen palsu bagi menyokong penghantaran haram ke Korea Utara. Mun menentang permintaan ekstradisi, dengan alasan bahawa ia bermotifkan politik.

Menurut kementerian terbabit, Pyongyang menyatakan bahawa hukuman ekstradisi oleh Malaysia adalah tindakan jenayah dan kejahatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Tindakan Malaysia telah menghancurkan seluruh landasan hubungan dua hala berdasarkan penghormatan terhadap kedaulatan,” kata satu kenyataan yang ditulis di KCNA.

Hubungan erat Malaysia dengan Korea Utara semakin merosot setelah Kim Jong Nam – saudara kepada pemimpin Kim Jong-un – terbunuh di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari 2017.

“Kami telah memberi amaran terlebih dahulu bahawa AS – manipulator di belakang pentas dan penyebab utama kejadian ini – juga harus membayar harganya,” lapor KCNA.

Gara-gara dengar radio bahasa asing, nelayan di Korea Utara dihukum mati. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Gara-Gara Dengar Radio Bahasa Asing, Nelayan Di Korea Utara Dihukum Mati

Korea Utara ‘Seksa’ Pesakit COVID-19 Kelaparan Hingga Mati, Mayat Mereka Dibakar

Korea Utara Dilaporkan Catat Kes Pertama COVID-19, Pesakit Bakal Dihukum

Anda Mungkin Suka