Saintis tidak menyenaraikan Malaysia sebagai tempat paling selamat jika suatu hari nanti terdapat wabak atau bencana besar yang mampu membunuh seluruh umat manusia.

Malah para saintis telah menamakan Australia, New Zealand dan Iceland sebagai negara paling selamat untuk berpindah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam salah satu kaji selidik yang bertajuk The Prioritization of Island Nations as Refuges from Extreme Pandemics, para saintis telah memberi tumpuan kepada beberapa kriteria bagi melihat di mana tamadun manusia mampu di mana jika berlaku bencana besar.

Negara-negara ini telah dinilai berdasarkan ciri-ciri seperti tempat perlindungan, lokasi yang baik, sumber semula jadi dan keharmonian dalam politik.

KH-MAP-WORLD-APOCALYPSE-SAFEST-SPOTS-v3
The Sun

Matt Boyd dan Nick Wilson telah merungkaikan bahawa Australia, New Zealand dan Iceland dipilih disebabkan negara ini memenuhi setiap ciri yang telah digariskan oleh mereka.

Manakala 16 negara lain menduduki tangga bawah dan telah dinilai sebagai ‘kurang sesuai’ untuk menjadi lokasi pembinaan semula tamadun manusia.

Negara-negara terbabit adalah Malta, Jepun, Cape Verde, Bahamas, Trinidad and Tobago, Barbados, Madagascar, Cuba, Mauritius dan Fiji.

Para penyelidik berkata, “negara-negara dengan KDNK yang tinggi (Keluaran Dalam Negara Kasar), yang mencukupi bagi pengeluaran makanan dan/atau tenaga, adalah jauh lebih baik.”

Screenshot 2020-01-30 at 10.47.24 AM
The Prioritization of Island Nations as Refuges from Extreme Pandemics

Negara-negara yang tidak dipilih boleh mengubah keadaan mereka dengan meningkatkan pengeluaran makanan dan tenaga serta menyelesaikan ketidakstabilan politik.

Para penyelidik menyedari bahawa metodologi mereka mungkin tidak sempurna dan penyelidikan lanjut perlu dilakukan.

Tetapi jika suatu hari nanti terdapat wabak atau bencana yang melumpuhkan kemanusian, mungkin anda mahu mempertimbangkan negara-negara di atas.

Terdahulu, saintis pernah melaporkan bahawa tiga lokasi di Malaysia mungkin bakal tenggelam menjelang 2050. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tiga Lokasi Di Malaysia Bakal Tenggelam Menjelang 2050