Jika melihat kepada statistik berkaitan COVID-19, rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak kesihatan di negara kita.

Manakan tidak, ketika seluruh dunia sedang bergelut dengan pandemik ini dan menghampiri bilangan kes ke dua juta, Malaysia pula pada semalam telah mencapai angka kesembuhan melebihi 2000 kes.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Maklumat terbaru yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini menunjukkan seramai 2,108 pesakit telah sembuh daripada COVID-19.

Angka tersebut sudah pastinya boleh memberikan sedikit kelegaan kepada kita semua memandangkan ia bermaksud 45 peratus pesakit yang menjangkiti virus itu telah sembuh sepenuhnya.

Jumlah pesakit yang telah sembuh itu juga sekaligus menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai kadar kesembuhan tertinggi di dunia selepas China dan Korea Selatan.

China sebelum ini mencatatkan 94 peratus kadar kesembuhan manakala Korea Selatan pula mencatatkan kadar 69 peratus.

Bukan itu sahaja, kadar kematian akibat virus itu di Malaysia juga sebenarnya antara yang terendah di dunia dengan hanya 76 kematian atau secara peratusnya sebanyak 1.6 peratus.

Peratusan itu adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan kadar peratusan kematian dunia yang ketika ini berada di paras 6.1 peratus sekaligus turut menjadikan kita antara negara yang mencatatkan kadar kematian yang rendah di rantau Asia Tenggara.

Jika melihat kepada angka dan statistik yang dibekalkan ini, tidak mustahil kita sebagai satu negara mampu untuk menewaskan virus COVID-19 ini dalam masa terdekat.

Apa yang penting ketika ini adalah agar masyarakat mematuhi peraturan dan saranan yang telah dikeluarkan kerajaan seperti berada di rumah dalam mendepani penularan virus berbahaya ini.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai perkembangan semasa mengenai COVID-19 di seluruh dunia ketika ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Pakar Beri Amaran, COVID-19 Mampu Kembali Walaupun Pesakit Telah Sembuh

Anda Mungkin ‘Bebas’ Melancong Seperti Biasa Mulai 2023 Selepas COVID-19

Impak Pandemik COVID-19 Ke Atas Kesan Pulau Haba Bandar Kuala Lumpur

Anda Mungkin Suka