Sekiranya anda merupakan peminat setia kumpulan BlackPink, pastinya anda tahu tentang konsert atas talian pertama kumpulan tersebut yang telah diadakan pada 31 Januari 2021 yang lalu.

Konsert yang diberi nama ‘The Show’ itu telah ditonton oleh peminat dari bermacam negara. Difahamkan, peminat dikehendaki untuk membeli ‘tiket’ menerusi bayaran membership di akaun YouTube rasmi BlackPink dan sebanyak 280,000 tiket telah berjaya dijual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, YG Entertainment telah berkongsi senarai penonton terbanyak untuk konsert tersebut dan Malaysia berada di tangga ke-8 dalam senarai itu. Wah, ramai juga Blinks di Malaysia!

Menurut senarai yang dikongsikan oleh YG Entertainment, Amerika Syarikat merodkan jumlah tontonan tertinggi diikuti oleh Thailand di tangga ke-2 dan Filipina ni tangga yang ke-3.

0f91ab52-6442-11eb-bc00-908c10a5850a_image_hires_004959
BLACKPINK THE SHOW. SUMBER: SCMP
blackpink-the-show-2021-bandwagon-1
SUMBER: BANDWAGON ASIA

Terkini, BlackPink direkodkan sebagai kumpulan K-Pop wanita yang mempunyai jumlah subscriber yang paling tinggi di YouTube. Menurut sumber media, jumlah tersebut meningkat sejurus sahaja konsert tersebut dibuat.

Difahamkan, terdapat sebanyak 2.7 juta peningkatan dari jumlah asal subscribers BlackPink. Hal ini secara tidak langsung membuatkan kumpulan tersebut berjaya meraih 56.8 juta subscribers di YouTube.

Di era pandemik yang masih belum menunjukkan tanda tamat, konsert atas talian dilihat sebagai alternatif yang terbaik bagi kita untuk mengubat rindu pergi ke konsert sebenar seperti dahulu. Walaupun rasanya mungkin agak berlainan, ini adalah jalan yang terbaik. Apa pun, adakah anda juga merupakan penonton konsert tersebut?

Katanya lagu hit dari BlackPink ini pernah ditolak oleh 2NE1. Ingin tahu lagu apa? klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Minzy Dedah Lagu Popular BlackPink Sebenarnya Milik Kumpulan 2NE1

Sumber