Penindasan kejam yang berlaku terhadap golongan etnik Rohingya di Myanmar bukan sahaja menjadi tajuk utama berita dunia, malah ia juga menimbulkan rasa simpati kepada masyarakat di Malaysia secara umumnya.

Dalam pada itu, satu mesyuarat tergempar yang diadakan oleh Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuala Lumpur baru-baru ini sedang membincangkan usaha untuk mengembalikan semula stutus masyarakat Rohingya di Myanmar.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Menurut apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar selaku Duta Khas OIC bagi Myanmar, mesyuarat tersebut dilakukan bertujuan untuk mewujudkan perlindungan bagi etnik Rohingnya yang mana hak mereka sebagai warganegara dinafikan.

Tan Sri Syed Hamid Albar

Tujuan mesyuarat itu diadakan bukan bertujuan ingin campur tangan dalam hal ehwal dalaman Myanmar, tetapi berikutan keadaan yang begitu mendesak yang disifatkan sebagai perbuatan mencabul hak asasi manusia sewenang-wenangnya.

“Ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa kerajaan negara itu, tetapi lebih kepada isu agama kerana mereka (rakyat Myanmar) menjadikan orang Islam sebagai sasaran dalam konflik mereka dengan Rohingya,” katanya.

Masalah penindasan ini menyebabkan beribu-ribu orang masyarakat Rohingya meninggalkan Myanmmar, laporan juga turut menyatakan berlakunya kekejaman, termasuk rogol dan bunuh. Seluruh kampung dikatakan dibakar hangus termasuk ketika penduduk berada di rumah masing-masing.

“Kami menyokong usaha kerajaan Myanmar untuk mengubah negara itu menjadi sebuah negara yang jauh lebih sejahtera di bawah kepimpinan baharu. Tetapi, transformasi yang dilaksanakan mestilah melibatkan semua sektor masyarakat.

“Mereka perlu mengakui wujudnya orang Rohingya, yang kewarganegaraan mereka dilucut tanpa sebab. Mereka merupakan kaum peribumi negara itu dan tanpa pengiktirafan itu, masalahnya akan terus melimpah ke negara jiran,” katanya.

Syed Hamid juga berkata Komuniti ASEAN, yang disifatkan ketua umum Myanmar Aung San Suu Kyi sebagai sebuah keluarga, perlulah menghormati dan memahami tanggungjawabnya bukan sahaja berlandaskan Piagam ASEAN tetapi juga undang-undang antarabangsa.

Anda Mungkin Suka