Singapura kini menduduki tangga teratas dalam carta pasport paling berkuasa di dunia. Melalui kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Passport Index, ini bermakna pemegang passport Singapura dibenarkan mengembara ke jumlah paling tinggi di dunia tanpa visa.

Menurut Passport Index, kedudukan itu diperolehi Singapura selepas Paraguay menarik balik sekatanya terhadap rakyat Singapura sebelum ini. Dalam erti kata lain, 5.6 juta pemegang pasport Singapura kini boleh mengembara ke 159 negara tanpa visa langsung atau dengan satu visa ketibaan sebaik sahaja sampai di destinasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedudukan terbaru ini turut meletakkan Jerman di tempat ke-2 dalam carta pasport paling berkuasa di dunia dengan rakyatnya dibenarkan melawat 158 negara tanpa visa, manakala Sweden dan Korea Selatan berada di tangga ke-3.

Malaysia pula berada di tangga ke-6, turun satu anak tangga yang mana sebelum ini menduduki tempat ke-5. Namun begitu, ketika menduduki tangga ke-5, pemegang paasport Malaysia hanya dibenarkan melawat ke 153 negara tanpa visa. Meskipun kini menduduki tangga ke-6, pemegang pasport Malaysia boleh melawat ke 154 negara tanpa visa.

Berita baik kepada pemegang passport Malaysia, anda kini boleh mengembara ke 154 negara tanpa visa. Dalam masa yang sama, Malaysia berkongsi kedudukan yang sama dengan Amerika Syarikat, Ireland dan Kanada. Pasport AS menurun sejak Presiden Donald Trump dilantik, manakala Turki dan Republik Afrika Tengah antara negara yang terbaru tidak dibenarkan kemasukan tanpa visa.

Afghanistan kekal di tangga terakhir dengan lawatan tanpa visa dibenarkan cuma untuk 22 negara.

Sumber