Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada hampir 7,000 pendatang asing yang masih berada di perairan antarabangsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kedua-dua negara itu juga bersetuju untuk menyediakan tempat perlindungan bagi proses penempatan dan penghantaran semula oleh masyarakat antarabangsa dalam masa setahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pada masa sama, Malaysia, Indonesia dan Thailand juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab ini dan menyokong kita untuk menyelesaikan masalah ini.

“Sehubungan itu, kita mencadangkan supaya masyarakat antarabangsa menyediakan bantuan dari segi sokongan, kewangan, tempat perlindungan sementara dan bantuan kemanusiaan kepada pendatang asing tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, Tanasak Patimapragorn dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi bagi membincangkan mengenai isu pendatang asing ke dalam negara masing-masing, pemerdagangan dan penyeludupan manusia di sini.

Baru-baru ini lebih 1,000 pendatang asing Rohingya, Myanmar dan Bangladesh tersadai di tengah laut ketika cuba memasuki perairan negara ini melalui Pulau Langkawi.

Keadaan tersebut menyebabkan berlakunya krisis kemanusiaan yang dahsyat apabila kebanyakan pelarian tersebut disyaki mangsa pemerdagangan manusia terperangkap di tengah lautan selepas beberapa negara ASEAN enggan menerima kemasukan mereka.

BACA: Rejim Myanmar Terlibat Dalam Penghapusan Etnik Rohingya

BACA Lagi: 13 Fakta Tentang Situasi Sukar Pelarian Rohingya

Sumber: Utusan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram