Disaat Malaysia dikaitkan dengan pelbagai spekulasi melibatkan eknomi negara, CEOWORLD telah menobatkan Malaysia sebagai negara terbaik di dunia untuk melabur atau menjalankan perniagaan bagi tahun 2018. Kedudukan Malaysia yang tertinggi di tempat nombor 1 daripada 50 negara telah membuktikan Malaysia terus menjadi destinasi paling menarik untuk pelabur dan ahli perniagaan.

Kedudukan tersebut dinilai berdasarkan 11 faktor yang berbeza termasuklah rasuah, kebebasan peribadi, perdagangan dan kewangan, tenaga kerja, perlindungan pelabur, infrastruktur, cukai, kualiti hidup, pita merah dan kesediaan teknologi. Setiap kategori pula akan dinilai sama rata sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
kl-where-tostay
Sumber: Kuala Lumpur

Kedudukan kedua diambil oleh Poland dan diikuti oleh Filipina (No.3), Indonesia (No. 4), dan Australia (No.5). India pula berada di kedudukan keenam dan diikuti pula dengan Republik Czech, Sepanyol dan Thailand manakala United Kingdon, Amerika Syarikat, China dan Jepun masing-masing menduduki tempat ke-16, ke-18, ke-24, dan ke-32 di antara 50 negara terbaik di dunia untuk melabur atau menjalankan perniagaan bagi tahun 2018.