Umum mengetahui selepas China tidak lagi menerima sisa plastik dari negara luar, Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain telah menjadi sasaran terbaharu. Tidak mahu berdiam diri sahaja mengenai perkara ini, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Yeo Bee Yin mengambil tindakan tegas untuk menghentikan perkara ini.

Satu kenyataan baharu menyebut sejumlah 3,300 sisa plastik import akan dihantar semula ke negara asal bermula bulan ini. Beliau turut berkata Malaysia akan menghantar semua jenis sisa buangan import dan tidak akan menerima sebarang sisa buangan daripada negara membangun pada masa akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
WPH5ROEBCAI6TNMF4NVRNJJRVI
Sumber: washington post
20190117YM02
sumber: malay mail

Tambah beliau lagi Malaysia akan memperjuangkan hak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih tanpa lebihan sisa buangan lebih-lebih lagi dari negara luar. Malaysia akan mempertahankan hak ini walaupun sebagai negara yang kecil berbanding negara maju yang menghantar sisa buangan tersebut.