Malaysia menghentikan sementara pengeksportan 3.6 juta ekor ayam sebulan ke negara lain berkuat kuasa 1 Jun ini bagi menampung keperluan bekalan ayam yang semakin berkurangan di Malaysia.

Susulan itu, sesetengah rakyat Singapura didapati mengambil kesempatan dengan mengiklankan produk berasaskan ayam di platform jual beli barangan terpakai, Carousell dan harga yang diletakkan ada sehingga mencecah harga RM3.8 juta.

Menurut laporan, tinjauan mendapati selain sepinggan nasi ayam Hainan dijual pada harga RM3,195, beberapa produk lain turut disenaraikan seperti popcorn ayam beku berharga RM1.9 juta dan sekotak Chicken McNuggets berisi empat ketul nugget ayam berharga RM1,597.

Lebih mengejutkan apabila produk ayam goreng KFC diiklankan sebagai produk edisi terhad dan jarang dijumpai, harga yang disenaraikan pula mencecah RM3.8 juta.

Menurut Menteri Negara bagi Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Desmond Tan telah memberi jaminan bahawa terdapat bekalan mencukupi untuk semua orang dan tidak perlu melakukan sebarang pembelian panik.

Difahamkan, Singapura mengimport kira-kira 34% bekalan ayamnya dari Malaysia dan sebilangan yang lain pula didapati dari negara Thailand, Australia, New Zealand, Brazil dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Restoran Di Singapura Tawar Gaji Cuci Pinggan Sehingga RM11,000 Untuk Tarik Warga Malaysia

Seperti Kereta Sebenar, Myvi Dihasilkan Daripada LEGO Ini Buat Netizen Terpegun