Berikutan keputusan kerajaan Malaysia melarang atlet Israel daripada bertanding dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melucutkan hak Malaysia untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh lembaga pengurusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dalam mesyuarat di London berikutan kegagalan Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan membolehkan peserta dari Israel untuk mengambil bahagian, bebas daripada diskriminasi dan selamat dalam kejohanan tersebut. Malah, protokol seperti lagu kebangsaan, bendera dan menyediakan visa juga gagal dipatuhi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut IPC, pendirian Malaysia untuk tidak membenarkan atlet Israel dari turut serta menyertai kejohanan tersebut atas alasan politik membuatkan pihak IPC tidak mempunyai pilihan lain tetapi mencari tuan rumah baru untuk kejohanan ini.

Berikutan keputusan yang diambil IPC, page Facebook IPC telah diserang warganet mengatakan pendirian tegas menyokong keputusan kerajaan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel bertanding dalam kejohanan tersebut. Malah, warganet beranggapan keputusan kerajaan Malaysia adalah tepat.

6CEA7B09-2FF0-4241-9FBC-B6AF27A69FDD

283D6666-3BAE-494E-9B8F-3584B1F83376

Baca lagi: Bendera Malaysia Berkibar Di Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuki Negara 

Untuk pengetahuan anda, penyertaan atlet dalam acara ini amat penting kerana ianya akan menentukan kelayakan untuk menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kelak. Apakah pendapat anda dengan keputusan yang diambil oleh IPC dan keputusan tegas yang diambil oleh kerajaan Malaysia?