Tidak dapat dinafikan bahawa Mobile Legends merupakan satu permainan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira lapisan umur mahupun jantina. Malah, terdapat khabar angin bahawa penganjuran Piala Dunia Mobile Legends akan diadakan pada tahun hadapan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, jika penganjuran Piala Dunia Mobile Legends akan diadakan pada tahun depan, pihaknya akan cuba sebaik mungkin untuk membawa kejohanan tersebut ke Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, permainan Mobile Legends juga sah akan dipertandingkan di Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Filipina dalam kategori e-sport. Pastinya jika penganjuran kejohanan ini berjaya diadakan di negara kita, ia bukan sahaja akan memberikan persepsi positif terhadap dunia sukan kita tetapi akan meningkatkan ekonomi dan sektor perlancongan ke negara kita.

Sumber