Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana berjaya menerima pensijilan validasi eliminasi jangkitan sifilis dan HIV dari ibu kepada anak (elimination of mother-to-child transmission of HIV and syphilis – eMTCT). Malaysia telah mencipta nama apabila berjaya menjadi negara pertama di Rantau Pasifik Barat.

Program pencegahan jangkitan melalui ibu kepada anak mula diperkenalkan sebagai projek rintis pada tahun 1997 dan usaha tersebut mula diperluaskan menjelang 1998 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saringan dan rawatan merupakan antara inisitif yang terkandung dalam program tersebut.
DrDzulkeflyAhmad

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengiktirafan itu sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 di dunia yang berjaya mendapat sijil tersebut. Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad sebelum ini 30 peratus hingga 45 peratus kanak-kanak yang dilahirkan oleh penghidap HIV positif mewarisi penyakit itu. Kanak-kanak boleh dijangkiti virus HIV semenjak dalam kandungan, secara penyusuan atau proses kelahiran.

Tambah beliau lagi kejayaan program ini disumbangkan oleh kerjasama oleh 95 peratus ibu mengandung yang hadir ke klinik untuk pemeriksaan antenatal sekurang-kurangnya sekali. Malaysia yakin untuk mencapai pengiktirafan yang sama untuk Hepatitis B dalam masa akan datang.