Hubungan baik antara negara Malaysia dan Jepun terjalin sejak Tun Mahathir memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur sejak 1980-an lagi. Justeru itu, satu persidangan akademik Malaysia-Japan Discourse Project 2018 akan berlangsung pada 4 Disember 2018 (esok) bertempat di Le Meridien Putrajaya.

Pesidangan ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan pemahaman lebih mendalam mengenai nilai-nilai Jepun dan memperkenal dimensi baharu dalam Dasar Pandang Ke Timur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siri kedua MAJA Discourse pula mensasarkan penuntut institusi pengajian tinggi bagi menyedia dan membuka ruang untuk mereka berdialog dalam memahami sejarah hubungan Malaysia dan Jepun serta mempelajari amalan terbaik di sana.

Terdapat dua program utama dalam siri ini. Pertama, program direka khas untuk pelajar yang sedang mengikuti program persediaan ke universiti di Jepun dan keduanya syarahan umum yang terbuka kepada semua pelajar universiti serta kolej.

AC -Poster

Disamping 5 perkongsian daripada orang kuat dari dalam negara dan Jepun, ucapan oleh Emeritus Professor Tan Sri Dzulkifli Abd Razak adalah highlight untuk acara ini di mana beliau akan berkongsi topik ‘Dari Revolusi Perindustrian Keempat Ke Revolusi Sosial Kelima’.

Prof Hisao Takekuma dari Universiti Kyushu diterbangkan khas dari Jepun untuk berkongsi pandangan tentang prospek pertukaran pengajian antara Malaysia dan negara Jepun.

Clients
Dr Zoraida (belakang, empat dari kanan) bersama ahli panel dan jemputan selepas membincangkan buku bertajuk Kakehashi, iaitu sebuah memoir mengenai Profesor Diraja Ungku Aziz yang diterbitkan oleh Teikyo Universiti Group dengan kolaborasi USIM.

Pengarah Pusat Bahasa dan Budaya Jepun USIM, Dr Zoraida Mustafa yang mengatur siri Wacana Malaysia-Jepun berharap projek ini dapat meningkatkan pemahaman mengenai nilai dan budaya Jepun dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti persidangan ini, anda boleh ke Le Meridien Putrajaya pada hari esok untuk sama-sama menimba ilmu di persidangan ini. MAJA Discourse 2018, sila lawati laman sesawang ini.