Selepas China Airlines, Cayman Airways dan Fiji Airways membuat keputusan untuk menggantung penerbangan pesawat Boeing 737 Max 8, kini pihak Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pula membuat kepututsan yang sama. Sebarang penerbangan yang terbang memasuki atau keluar Malaysia serta transit yang menggunakan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 akan dihentikan serta-merta.

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, notis ini akan berkuatkuasa sehingga notis selajutnya dikeluarkan. Arahan ini dikeluarkan berikutan dengan dua insiden nahas yang melibatkan pesawat model Boeing 737 Max 8 dalam tempoh 5 bulan. Kini beberapa negara turut mengeluarkan arahan yang sama antaranya United Kingdom, Jerman, Perancis, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: manchestereveningnews

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan menyebut syarikat tersebut setakat ini tidak menggunakan pesawat jenis Boeing 737 Max 8. Namun menurut laporan, Malaysia Airlines dijadualkan akan mengendalikan pesawat tersebut menjelang tahun hadapan.

Walaubagaimana pun, kini pihak Malaysia Airlines sedang meminta maklumat teknikal daripada Boeing mengenai penghantaran pesawat model 737 Max 8 pada tahun 2020.