Malaysia King bersama dengan rakan-rakannya telah ditahan oleh pihak polis dan bakal menghadapi hukuman yang berat di atas kelakukan mereka batuk dengan sengaja ke arah pemandu Uber di Amerika Syarikat, lapor Lad Bible.

Kejadian yang berlaku pada 7 Mac di Bayview, San Francisco itu telah tular di media sosial yang menunjukkan sekumpulan wanita bergaduh mulut dengan pemandu terbabit sebelum salah seorang rakan King batuk dengan sengaja ke arah pemandu terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

King yang berusia 24 tahun telah ditahan oleh pihak polis dan kini dituduh melakukan serangan dengan bahan kimia kaustik, serang sentuh, konspirasi dan melanggar undang-undang kesihatan dan keselamatan.

Manakala temannya, Arna Kimiai turut ditahan dan bakal menghadapi tuduhan rompakan tahap pertama, bateri dan konspirasi untuk melakukan kejahatan ke atas pemandu terbabit.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan penjara satu tahun atau denda sebanyak $10,000. Manakala bagi Kimiai, kesalahan rompakan tahap pertama pula membawa beliau kepada penjara selama tiga hingga sembilan tahun.

Selain itu, hukuman untuk konspirasi melakukan jenayah juga bakal membawa denda selama satu tahun dan itu belum lagi dikira dengan kesalahan melanggar undang-undang kesihatan California yang bakal membawa sejumlah denda.

Terdahulu, seorang pemandu Uber telah mengambil tiga penumpang wanita di San Bruno Avenue dan Felton Street kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Beberapa minit kemudian, pemandu memberhentikan kenderaan dan menamatkan perjalanan ketika dia menyedari bahawa salah seorang penumpang tidak memakai pelitup muka dan gagal mematuhi arahan kesihatan awam.

Pemandu mengatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan perjalanan kecuali semua penumpang memakai pelitup muka. Pertelingkahan berlaku dan salah seorang penumpang menghampiri pemandu dari kawasan tempat duduk belakang dan mencuri telefon bimbit pemandu.

Pemandu terbabit berjaya mendapatkan kembali telefonnya. Manakala tiga wanita terbabit keluar dari kenderan sebelum salah seorang daripada mereka menyemburkan penyembur lada ke arah pemandu terbabit dan melarikan diri.

Kerajaan New Zealand dipersoal, bagaimana ahli parlimen Malaysia dibenarkan masuk. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerajaan New Zealand Dipersoal, Bagaimana Ahli Parlimen Malaysia Dibenarkan Masuk

Pengalaman Bertemu ‘EX Malaysian’ Di Luar Negara Buat Aku Rasa Syukur Tinggal Di Malaysia

Selepas 3 Bulan Putus Bekalan, Gerai Kecil Jual ‘Milo Ais’ Ini Tular Di Jepun