Selepas China tidak lagi mahu menerima sisa plastik dari negara luar, Malaysia kini menjadi sasaran negara luar terutama negara barat untuk menerima sisa plastik. Kini Amerika Syarikat telah mengikuti jejak langkah United Kingdom, Australia dan New Zealand yang memilih Malaysia sebagai lubuk pembuangan sisa plastik.

Menurut laporan terkini Amerika Syarikat telah menghantar lebih 157,299 tan metrik sisa plastik pada 6 bulan pertama tahun ini. Difahamkan menurut laporan The Guardian lagi jumlah ini telah meningkat sebanyak 273 peratus berbanding tahun lalu. Berikut merupakan graf yang telah disediakan The Guardian berdasarkan laporan Greenpiece.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
capture-20181009-124243
Sumber: The Guardian

Selain Malaysia, Vietnam dan Thailand juga dipilih sebagai lubuk pembuangan sisa plastik. Setakat ini, Vietnam menerima kira-kira 71,220 tan metrik sisa plastik yang mencatatkan 46 peratus kenaikan berbanding tahun sebelumnya.

China kini telah menghentikan penerimaan sisa plastik ke dalam negara mereka kerana bimbang akan mencemarkan alam sekitar. Persoalannya, jika China tolak, kenapa kita ambil?